
Ya Allah
Sungguh Engkau Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buatku
Seandainya aku tersilap membuat pertimbangan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Seandainya aku lalai dalam setiap amanah ke atasku
Kupohon Ya Allah
Hisablah aku di duniaMu, bukan di akhiratMu
Seandainya aku ingkar dan derhaka
Kurniakan aku hidayah ke arah rahmatMu
Penuhilah jiwa ini dengan rindu untuk mendapatkan rahmatMu
Walau kusedar aku tidak layak mengharapkan meski debu cintaMu
Hanya padaMu Ya Allah kuletak segala harap
Kerana kusedar lemahnya aku tanpa bimbinganMu
Kerana kusedar butanya aku tanpa hidayahMu
Kerana kusedar hinanya aku tanpa rahmatMu
Kerana kusedar cacatnya aku tanpa petunjukMu
Kerana aku hamba kerdil yang kerap keliru
Kerana aku hamba yang kerap leka dengan fatamorgana duniaMu
